Jumaat, 25 Mei 2012

No Plat WWW 1 Berharga RM520,000


Fuhhhhh…jangan kata kapcai buruk yang akan guna nombor ni ya
Harga nombornya sahajapun dah boleh beli bangle
Bersama pengawalnya seorang Bangla huh u hu

Bidaan tertinggi diterima melalui no plat kenderaan WWW 1
Dengan harga bernilai RM520,000, mengatasi nombor pendaftaran MCA 1
yang dijual dengan harga RM300,100 sebelum ni
teringin nak tahu siapakah yang bertuah itu!

nombor WWW 333 menjadi pembida terbanyak (84 orang)
sebanyak 18,243 permohonan dengan nilai bidaan RM64,225,838.51 diterima
sepanjang tempoh bidaan selama 15 hari dari 30 April lalu
dengan kutipan dianggarkan sebanyak RM11.3 juta
keputusan penuh bagi nombor pendaftaran siri WWW
akan dikeluarkan melalui portal JPJ (www.jpj.gov.my) pada Isnin ini,
dan surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012.

Aku memang suka nombor. Kalau di jalan raya aku suka memerhati
nombor-nombor kenderaan yang berada di jalan
namun, takat ni tak pernah lagi rasa nak beli nombor tu
apalagi nombor 4D atau nombor kuda yang lain
kalau harganya sampai cecah setengah juta, mmmmm
memang aku tak mampu kan? Tak kan nak tampal nombor tu
di motor buruk aku pulak…macam tak kena pula!


4 ulasan:

pena rozie berkata...

Baik la beli rmh....

anyss berkata...

Rozie: Kalau orang macam kita, mmg la akan beli rumah. Tapi, utk org yang terlebih rumah dan segala benda gitu, tak ada hal punya takat setengah juta hu huhu...celah GG dia je ;)

Kamsiah yusoff berkata...

dapat kat sapa agaknya ya...
kita golongan marhean ni cuma mampu tgk ja la...

sweetkurma berkata...

wahhhh ada yang sanggup yer keluar duit sebanyak tu... tentu lah kaya raya orang tu kan