Selasa, 8 Mei 2012

Keputusan permohonan ke IPTA bagi lepasan SPM


Kepada adik-adik yang tengah berdebar tunggu jawapan
keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Malaya (UM)
dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
atau setaraf dengannya…dah boleh semak mulai hari ini.
Keputusan permohonan ke Universiti Putra Malaysia (UPM) pula
boleh diketahui mulai 12 tengah hari esok,

Semakan keputusan permohonan ke IPTA boleh dilakukan di laman web
http://www.um.edu.my/kemasukan,
http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran  dan
http://www.smp.upm.edu.my/tawaran
bagi program Asasi Sains, Asasi Pengajian Islam di UM,
program Asasi Pintar di UKM dan
program Asasi Sains Pertanian dan diploma di UPM.

Calon yang berjaya boleh menyemak maklumat tawaran dan
mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web Institusi Pengajian Tinggi (IPTA)
masing-masing untuk membuat pengesahan dalam tempoh tujuh hari bekerja
bermula esok hingga 15 Mei ini.

Tarikh pendaftaran penuntut baru ke program Asasi Pintar UKM pada 23 Mei
bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi,
program Asasi Sains dan Asasi Pengajian Islam UM pada 27 Mei,
manakala program Asasi Sains Pertanian pada 17 Mei di UPM, Serdang
dan diploma pada 7 Jun di UPM, Kampus Bintulu.

calon yang gagal boleh buat rayuan melalui aplikasi e-Rayuan
dalam tempoh 10 hari bekerja
selepas keputusan permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan
di laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan: 18 Mei dan
keputusan rayuan ke IPTA lepasan SPM: minggu kedua Jun 2012.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi
Seksyen Kemasukan dan Rekod, Bahagian Akademik, UM
di talian 03-79673448/3440/3502,
Bahagian Pengurusan Akademik UKM
di talian 03-89215336/5041/4126 atau
Pusat PERMATA Pintar Negara ditalian 03-89216265/7507
dan Bahagian Akademik UPM
di talian 03-89466059/6060/6056.

Tahniah kepada adik-adik yang Berjaya, sila belajar rajin-rajin
Kepada yang gagal, sila isi borang e-rayuan secepat mungkin
Mana tahu masih ada rizeki...jangan  mudah putusasa ya!


Tiada ulasan: