Jumaat, 6 April 2012

Lelaki Malaysia Sedang Bermasalah?



Dunia makin lama makin pelik
dah tua gamaknya dunia ni…
macam-macam cerita yang kita boleh jumpa

Kalau baca akhbar pagi ni
macam-macam yang boleh jumpa
satu je yang aku tak jumpa…kisah si baik hati Herman
sedang kritikal di Hospital Serdang akibat dipanah petir
ketika sedang membantu mangsa kemalangan jalan raya
hanya boleh jumpa di ondscene sahaja
semalam aku tak begitu faham dengan berita yang disiar kat tv
hari ni cuba cari di akhbar utama negara
selepas terjah ondscene dengan maklumat berserta yang terperinci
kat akhbar memang taka da
[takziah kepada keluarga herman dengan kemalangan yang menimpa
sama-samalah kita doakan beliau lepasi tahap kritikal
dan sihat semula…berat benar ujian untuk orang yang baik]

Ada cerita tentang berleluasanya iklan “ubat kuat lelaki”  “toy adult”
Di Bandar Baru Bangi, setiap haripun aku nampak kat merata tempat
nasib baik kat pintu pagar rumah aku depa tak gantung!
hanya hari ini sahaja aku nampak dah masuk dalam akhbar
dalam beberapa akhbar utama juga ada cerita tentang
seorang bekas dekan USIM yang curiga status jantina  isteri ketiganya
errrr...tak kan bukan wanita kot opsssss!
semua tu anda boleh baca di akhbar
tak kiralah beli yang bercetak atau baca online
namun baca akhbar pagi ini buat aku lagi celaru

kepala otak aku yang tak berjambul ini ligat berfikir;
apa masalah dengan lelaki Malaysia masa kini?
ada yang nak jadi kuat…errr macam HULK hijau tu ek?
ada juga lelaki yang nak jadi wanita cantik mengalahkan wanita pula cantiknya tu
andai aku nak pilih lelaki jadi teman sehidup semati
macam mana nak tahu lelaki tu perlukan ubat kuat atau tidak?
sama seperti bila lelaki nak kahwin
bagaimana mereka boleh pastikan wanita yang akan dikahwini itu
wanita asli atau wanita tiruan?

Ada sesiapa nak tolong jawab bagi betulkan semula jambul aku tu?


Errrr…lagi pening bila baca akhbar pasal Hukuman gantung dua setengah tahun
diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
ke atas Tan Sri Annuar Musa kerana melanggar titah Timbalan Presiden FAM,
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM
pada 4 Februari lepas iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media.
Tan Sri Anuar Musa juga perlu melepaskan jawatan
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang disandangnya.
Ohhhhh! Ini tamparan yang hebat untuk The Red Warriors
Teruskan berjuang…Tan Sri dah tentu akan sentiasa menyokong
Walaupun dari belakang. Semua anak Kelantan tahu itu!

 Selamat berhari Jumaat, teman
cepatnya masa berlalu...aku masih lagi di sini berteleku...



3 ulasan:

Cetusan berkata...

bila rezeki halal dan berkat..tak la nyesal kena uji...walaupn dua keturunan tetap halal

Abang Karu berkata...

kadang2 pening kepala baca surat kaba

azwandengkil berkata...

Hahaha. Saya pernah menulis ttg ini bila lihat papan iklan elok je tergantung dkt traffic light Hosp. Serdang. Masih ada lagi agaknya skrg ni kot.