Jumaat, 30 Mac 2012

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2012




Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan PhD sekiranya pelajar berjaya mengekalkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan professional dalam usaha membangunkan sumber manusia bertaraf dunia.

Kelayakan memohon
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.

2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta
aktif dalam kegiatan ko kurikulum dan sukan di peringkat negeri dan negara.

3. Lulus di peringkat SPM atau STPM tahun 2011 seperti berikut:-
(a) Calon SPM : 9 A+ ke atas
(b) Calon STPM : 4 Prinsipal A

4. Diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan dan diluluskan oleh YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).

5. Mempunyai sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul.

6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

Borang permohonan boleh dimuat turun dari Laman Web YP di alamat www.yp.org.my.

Borang yang telah lengkap bolehlah dihantar terus ke YP sebelum atau pada 9 April 2012 (Isnin).
Keputusan pemilihan calon-calon anugerah BKMB adalah muktamad.
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke:

YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang
Tanjung Lumpur
26060 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5181800 Faks : 09-5181888
Laman Web : www.yp.org.my
(Haji Mohammad b. Ismail/Safwati Ahmad/Zakiah Saleh)


Tiada ulasan: