Jumaat, 24 Februari 2012

Lisa & Yusri dah Selamat...aku?



Sama ada ramai orang terintai-intai mencari
Gambar perkahwinan atau pernikahan artis Lisa Surihani dan Yusry KRU
Yang berlangsung di Mariot Putrajaya,
kemudian majlis resepsi Lisa Surihani dan Yusri pada Ahad ni di PICC Putrajaya
ohhhhh dah pasti jem Putrajaya Ahad nanti dengan orang pergi kenduri mereka
orang serbu Pesta Buku Islam dan juga…lumba basikal LTDL 2012 (Le Tour de Langkawi)
opssss! Lumba basikal tu pada hari Jumaat dan Sabtu huh u hu

merata dah tersebar gambar hari bahagia mereka
Lisa yang comel Yusry nan ensem
Sama-samalah kita doakan mahligai yang mereka bina ini
Kekal abadi hingga Syurga
Moga dapat berdozen bebi yang comen, cun dan ensem juga

Kepada semua jejaka idaman Malaya yang retak serpih
 hati patah jiwa merana, putus harapan 
berduka nestapa dan frust menonggeng dengan perkahwinan ini
Apa salahnya doakan kebahagiaan mereka ya
Kata orang
"Kalau kita cintai seseorang, maka izinkan dia hidup bahagia"
Tentang diriku…biarlah merana tanpa siapa peduli huk huk huk
Aduhaiiiii terlebih emosi bagi PIHAK lah pulak…

Namun bagi aku,
Lebih teruja nak tunggu bulan Mac nanti
Walaupun sebenarnya kalau boleh janganlah bulan Februari ini berlalu
[tahu tak bulan April tahun ni ada 29 hari?
Sesiapa yang lahir pada tarikh ini boleh buat pulut kuning dan
Jangan lupa pulak ajak aku…
Ayam golek sama ya!]

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka membuat pengumuman
mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). 
dalam waktu terdekat dalam perhimpunan besar-besaran

yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam
akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac 2012.

Lisa Surihani dan Yusry memang dah selamat
aku? sampai bila nak kena tunggu ni?
memang umum 12 Mac ek?
Aduhaiiiii stress tau!

Lambatnya nak datang Mac!

2 ulasan:

azieazah berkata...

Yang selamat tu dah tentu lah selamat. Kita kena tengok banyak lagi perkara sepanjang bulan nih.. Adehhhh

anyss berkata...

Azieazah: SabaQ! sabaQ!
Allah hanya bagi ujian takat yang kita mampu tanggung sahaja ;)