Ahad, 18 Disember 2011

Bila Ku Tak Di Sini


semua entri yang anda baca sejak Rabu
sebenarnya telah aku pos secara berkala
sejak Isnin lagi
Jadi, andai komen kalian lambar disiarkan,
mohon maaf…
buat masa ini daku bukan berada di sini
seketika je pun…tak sempat rindu
hu hu hu bajet popular mengalahkan Lisa Surihani

kepada rakan-rakan yang akan berkampung
di halaman rumah dato’ LF dalam acara Pertemuan Blogger
hari ini, petang nanti…
moga semuanya lancar, cuaca elok, makan kenyang
moga pertemuan begitu akan eratkan
hubungan sesama blogger
buat aktiviti blogger yang sihat

mohon maaf kepada Dato’ LF selaku tuan rumah
yang sudi buka pintu pagar untuk pertemuan tersebut
kerana tidak mampu untuk sama-sama meriahkannya
InsyaAllah, panjang umur murah rezeki
akan bersua jua nanti, Bangi bukannya besar mana
akan terserempak jua kat mana-mana

kepada Azieazah: mohon maaf tak berpeluang
jemput ke teratak
bukan mudah untuk sampai Bangi,
namun masa tak sesuai,
Allah lebih tahu rancanganNya berbanding kita
kalau tak…bolehlah bergosip ceria
bawah rimbun lengkuas sambil order kek ya…

apapun, biar daku tidak bersama kalian,
semoga anda semua ceria dengan pertemuan meriah itu
(dah tahu akan meriah, paling tidak dengan acara makannya)

4 ulasan:

eelobor berkata...

patut la daku ternanti2 bila komenku nak di balas

azieazah berkata...

Aminnn...

Terimakasih.

Semoga ANYSS juga sihat sejahtera dan selamat selalu wpun sering harus berada di merata tempat kerana tugas.

Kalu dah balik nanti, bagitau ya

anyss berkata...

Eelobor: terima asih dengan kesetiaan anda -----> huh! macam moto stesen TV lak hu hu hu

anyss berkata...

Azieazah: sama2 kasih. Baru landing tengah malam semalam. Fuhhhhhh! sangat letih... -----> kira macam dah bagi tau lah ni kan ;)