Jumaat, 1 Julai 2011

Keputusan Kemasukan UiTM sesi Julai 2011 Telah keluar

Kepada adik-adik yang memohon untuk belajar di UiTM pada sesi Julai nanti, keputusannya dah boleh disemak dan diketahui bermula hari ini;

• Semakan keputusan permohonan belajar di UITM jaya bagi Program Penerapan ke Program Ijazah Sarjana Muda boleh disemak mulai 1 Julai 2011 jam 5.00 petang. Program Penerapan yang terlibat adalah;
• Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM/Kolej Bersekutu UiTM
• Penerapan Pelajar Asasi UiTM/Trek Pantas UiTM (kecuali Diploma Perakaunan Trek Pantas)
• Lepasan Diploma UiTM (Program Perubatan, Pergigian dan Farmasi)

Semakan keputusan bagi program Diploma Pendidikan UiTM Sesi Julai 2011 boleh dibuat pada 27 Jun 2011 (Isnin) jam 2.00 petang.

Semakan keputusan bagi Program Profesional bagi AC550, AC551, AC553, AM550, BM551 & BM552 dijangka boleh disemak mulai 20 Jun 2011 jam 5.00 petang.

Bagi adik-adik yang gagal untuk mendapat tempat pada semester ini, boleh juga memohon semula untuk kemasukan semester 2 nanti. Iklannya keluar hari ini secara online;

Permohonan kemasukan ke UiTM bagi Semester 2 2011/2012 akan diiklankan dan dibuka pada 1 Julai 2011 melalui http://www.online.uitm.edu.my 


Permohonan Online Bagi Kemasukan Ke UiTM Bagi Program Diploma/ Asasi Dan Program Profesional Dibuka Pada 12 Tengahari 01 Julai 2011 Sehingga 31 Julai 2011. Pembelian No. Slip Melalui BSN Adalah Diperlukan Bagi Permohonan Online Tersebut. Terima Kasih.

CARA MEMOHON MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN (ONLINE APPLICATION)
Permohonan untuk program yang ditawarkan adalah melalui aplikasi dalam talian (Online).
Permohonan dalam talian melalui laman web www.online.uitm.edu.my akan dibuka pada 1 Julai 2011 (Jumaat) Jam 12 Tengahari. 

Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil), di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). 

Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan melalui laman Web Aplikasi Elektronik UiTM yang beralamat www.online.uitm.edu.my dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut sebagai bukti permohonan telah dibuat

Nak tahu syarat-syaratnya, silalah ke http://esyaratjulai.uitm.edu.my

Selamat berusaha ya!


6 ulasan:

Cik Amni berkata...

Hi dear, lama tak singgah sini.. serius sibuk giler dear... huhu.....

ada kawan dapat UiTM, Jengka pahang.. nangis2 sebab jauh dari sarawak.. + jauh dari bandar jugak.. huhuhu... tahniah kepada yang berjaya..=)


Yang menarik,
AKU JEALOUS! AKU CEMBURU

Anaasuria berkata...

salam anyss..
anyss lecturer kat ukm ehh?? eh, terenter frame lak.. tak kene mengenan ngan tajuks..:)

eelobor berkata...

malas nak semak sebab dah tahu memang nama saya tak de.... huhuhu

anyss berkata...

Amni: sibuk tak apa...jangan gila je hu hu hu

Masa muda ni lah nak jelajah dunia pun, dah bertongkat nanti nyesal tak pergi ;)

anyss berkata...

Anaa: Opssssss! hanya KULI bukannya NC la la la

anyss berkata...

Eelobor: Baik semak, mana tau tetiba DAPAT walaupun tak mintak la la la sekarang ni banyak benda pelik berlaku ;)