Isnin, 30 Mei 2011

Salma Juara Mentor 5

Penat kena jem di Karak
tapi tengok juga pusingan akhir Mentor 5 di TV3
sambil kunyah keropok lekor
ada sata juga
campur keropok segera berlada
sambil-sambil lagi tengok blog
yang terabai sejak seminggu

tiga orang protΓ©gΓ© tiga orang mentor juga
kuasai pentas mentor musim ini
biasanya hanya dua sahaja ke peringkat akhir
kali ini tiga
Erra fazira dan Salma
Syarifah Aini yang sentiasa jadi pooojaaan hatiku
melatih Shiha
Edry nan hensem menggilap bakat Iqa

Dan pemenangnya Salma protΓ©gΓ© kepada Erra Fazira
kedua-duanya memenangi hadiah wang tunai RM100,000
dan Salma memandu pulang sebuah kereta Chevrolet Cruze
Naib Juara dapat kepada Shiha
Tok Pah dan Shiha bawa pulang wang tunai RM30,000
Shiha juga memenangi sebuah Vespa LX150.
manakala Edry dan Iqa
bawa pulang RM10,000.


gambar dari Google

Aku pula..dapat rehatkan minda sahaja
sebelum layan mimpi
setelah penat mengembara sepanjang minggu
Mmmmm nak mimpi sat!

2 ulasan:

Unknown berkata...

selamat pagi anyss...

wah... minggu nie kamu buzy ya....
jom... bayangkan kita bercuti, sambil layan orang2 yang tersayang... dengan keletah mereka yang menghiburkan...

tapi... bagi kak ayu, yang berniaga.. sukar nampaknya nak cuti.. lainlah kalau ambil cuti sebab ada hal yang munasabah...

apa2pun kak ayu tak layan mentor.. dulu mmg suka hiburan, now kak ayu layan yang lawak2.. buat hilang penat seharian melayan pelanggan,..

eelobor berkata...

tok bowok roti? kalu tidok buleh make roti di sapu jem dekat karak. hahahahhaha