Anda Juga Mungkin Berkenan

Ahad, 19 September 2010

Karaoke di Rumah terbuka

Hari ini hari minggu. Hari berehat untuk aku yang dah berhempas pulas jadi pekerja bandaran. Berkarung sampah dilupuskan dalam tempoh dua hari berkemas. Barulah terasa rumah ini tidak lagi menjadi pusat pelupusan sampah. Kepada bakal mak mertua, sila risik bakal menantu ayu anda, bila kali terakhir dia pegang batang mop ya, maklumlah...jari jemari yang disalut losyen tiap hari tu akan kasar nanti kalau kerap pegang batang mop hu hu hu.

Jadinya, jommm kita tenang-tenangkan diri hiburkan hati. Bagi sesiapa yang pernah serbu panggung tengok Salaam E Ishq bersama buah hati tercinta, atau mengadap tv habiskan serdak kuih raya tu, mari kita sama-sama hayati lagu merdu ni. Sekali dengar sangat merdua, dua kali dengar cairkan kalbu. Tiga kali dengar...macam ingatkan sesuatu. Jom je lah kita dengar...

Dalam filem Salaam E Ishq ada versi baru lagu ni;
Babuji Dheere Chalna



Ni versi lamanya, kalau rasa nak dengar dengan nilai klasik....
Babuji Dheere Chalna


Kalau Versi Melayu, beginilah rupanya...Dari Kerana Mata

Dah terhibur? Mmmmm boleh juga karaoke reramai kat rumah terbuka ya...sambil isi masa, sambil kait kenangan. Pernah ke orang  buat gitu? Apa salahnya sesekali ubah cara kan, asal tidak melampaui batasan. jangan jadi pusat karaoke sudahlah ya...

2 ulasan:

azieazah berkata...

Konsep filem Salaam E Ishq ni macam filem Cinta (by Khabir Bhatia), kan? Ada banyak psangan dan banyak kisah cinta di dalamnya.

MOKYANG tengok pada Sabtu semalam, di RTM2. Best sngat. Ada lagu yg best tu ler Dari Kerana Mata (itu versi Melayunya), tapi yg Hindi punya ni asyikkkk bangat!

Ada juga scene mcm dari filem Mohabbatein. Fuhhhh memang best lah filem tu, tak puas tengok!

anyss berkata...

MokYang: Banyak filem Hindi guna konsep ni. Dua-dua filem tu filem Karan Johar, jadi dia boleh aje tarik scene dari Mahabbatein ke dalam filem ni...

Lagu Babuji Dheere Chalna tu ada versi klasik sezaman dengan R.Azmi. Bila dengar yang klasik tu...fuhhhh betul2 klasik. Yang terkini memang asyikkkkkk